Mahkamah tolak saman Apandi terhadap Kit Siang


MAHKAMAH TINGGI Kuala Lumpur dilapor menolak saman fitnah RM10 juta dikemukakan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali terhadap veteran DAP, Lim Kit Siang.

Hakim Azimah Omar dalam keputusannya semalam berkata, Kit Siang mempunyai justifikasi dalam membuat kenyataannya menggesa bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali menjelaskan alasannya membebaskan Najib Razak daripada kes 1MDB pada 2016.

Ia berhubung artikel pada 2019 "Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity”, yang diterbitkan di blognya.

Hakim itu antara lain menyatakan bahawa Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu wajar membangkitkan isu itu, terutamanya berikutan bekas perdana menteri Najib telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi berasingan pada 2020 dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta yang terus dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Susulan penolakan sman itu, Mahkamah mengarahkan Apandi membayar RM80,000 kos guaman kepada Kit Siang.

Pada 5 Julai 2019, Apandi memfailkan saman sivil, mendakwa bahawa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis artikel yang didakwa berunsur fitnah.

Apandi mendakwa artikel itu antara lain membayangkan bahawa dia terlibat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika, dan telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi peguam negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018.

Azimah ketika membacakan penghakiman setebal 100 muka surat menyatakan bahawa artikel ditulis Kit Siang tidak mengaitkan Apandi bersalah atas salah guna kuasa.

Hakim berkata Kit Siang hanya mengatakan bahawa terdapat alasan lanjut untuk siasatan berhubung perkara itu dan pihak yang dinamakan dalam kenyataan akhbar Apandi untuk tampil menjelaskan urus niaga di luar kelaziman itu.

Kit Siang tak fitnah Apandi, kata Hakim
Azimah menegaskan Najib didakwa di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

“Defendan telah berjaya membuktikan justifikasi ke atas imbangan kebarangkalian. Bagi mahkamah, penghakiman (Mohd) Nazlan (Mohd Ghazali) masih kekal seperti yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan,” katanya.
 

Post a Comment

0 Comments