Semua individu berkait ‘PAS leak’ akan dipanggil polis



PIHAK berkuasa polis dilapor akan memanggil semua ahli politik yang disebut dalam minit mesyuarat merujuk kepada dokumen yang dkenali sebagai “PAS leak”.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim dipetik laporan Sinar berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap kes itu.

“Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur akan memanggil semua ahli politik yang dinamakan dalam dokumen tersebut untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Azmi tidak menjelaskan secara lanjut tarikh dan masa ahli politik terbabit akan dipanggil.

Sebelum ini, empat keping tangkap layar mengenai percaturan politik PAS bertajuk “Laporan political enggagement PAS Pusat” yang antaranya menyentuh isu campur tangan dalam urusan mahkamah membabitkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana menteri, Najib Razak tular di media sosial.

Dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit itu dipercayai minit mesyuarat PAS yang diwakili Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar dengan beberapa pemimpin parti politik antaranya Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin; Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Umno Hishamuddin Hussein.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad, menyifatkan penyebaran dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat PAS itu adalah cubaan untuk meretakkan hubungan sesama parti orang Melayu.

Apakah dokumen sulit PASsebenarnya sahih?
Bagaimanapun, Ahmad Zahid melalui peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik telah membuat laporan polis bagi mengesahkan sama ada terdapat percubaan untuk menjejaskan integriti sistem kehakiman

Sementara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya mengenai isu itu enggan mengulas lanjut mengenai kebocoran dokumen minit mesyuarat yang didakwa milik PAS itu.

katanya, dokumen empat muka surat yang tular itu tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Post a Comment

0 Comments