PASleak: Mahfuz anggap rakyat tak lagi percaya PAS

DATUK Mahfuz Omar menyifatkan tindakan PAS mengenepikan dakwaan kebocoran maklumat sulit 'PASleak' dengan menafikannya telah menyebabkan parti itu kini menjadi parti yang tidak boleh dipercayai.

Mahfuz yang merupakan bekas Naib Presiden PAS berkata, tindakan PAS ini telah menyebabkan parti itu dilihat flip flop bertukar ganti selalu.

“Isu PASleaks menyebabkan PAS menjadi parti yang tidak boleh dipercayai lagi.

“Semua orang tahu, sikap flip flop ini yang hanya nak kekal kelangsungan kerusi empok kepimpinan mereka sekarang sahaja.

“Bayangkan dalam dokumen itu, sebelum bincang dengan Bersatu, PAS nak bincang dengan AMANAH dan KEADILAN, lepas itu baru Bersatu.

“Ini semua usaha-usaha nak kekalkan kerusi empuk sahaja bukan atas dasar prinsip perjuangan,” katanya dalam satu Majlis Iftar di Pasir Mas pada Jumaat.

Mahfuz yang kini bersama parti Amanah mengimbau tindakan PAS yang sebelum ini bermati-matian menafikan audio rakaman suara seorang pemimpin PAS tentang hubungannya dengan Umno dan bagaimana pemimpin PAS menerima duit Umno.

Namun selepas itu, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mengaku beliau merupakan individu dalam rakaman itu dan mengecam pihak yang membocorkannya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata,  selepas kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dijatuhkan melalui pintu belakang, pelbagai nasib malang yang menimpa rakyat negara ini dan gagal dibela oleh kerajaan yang antaranya dianggotai PAS.

“Hari ini rakyat tengah lapar, bukan kerana puasa tetapi kerana kos hidup yang tinggi. Masa pandemik, hilang pekerjaan. Masa peralihan ke endemik, meningkat pula kos kehidupan.

“Jadi rakyat berhadapan dengan masalah berterusan.

“Kerajaan tak fikir untuk berbuat sesuatu. Yang ada hanya beri subsidi, tidak ada cara lain .

"Misalnya bila ayam naik harga. Kerajaan tidak fikir cari cara untuk kurangkan harga ini melainkan sabsidi.

“Padahal isu sebenarnya adalah kos bahan mentah makanan ayam. Dia tak selesaikan isu pokok ini selain dari sabsidi,” kata Mahfuz.

Mahfuz gesa ambil alih pentadbiran Kelantan
Justeru katanya, pemimpin Amanah di Kelantan khusunya perlu memperjuangkan isu yang dekat dengan hati nurani rakyat sekaligus mengambil alih pentadbiran Kelantan dari PAS.

“AMANAH mesti membina kepercayaan rakyat. Ini kerana mereka bukan harapkan benda sahaja tetapi sebuah kejujuran dari pemimpin untuk membela masyarakat dan negara,” kata beliau yang menyifatkan rakyat semamangnya hilang kepercayaan kepada pimpinan PAS yang ada.


Post a Comment

0 Comments