Usul k'jaan lanjut subseksyen Sosma tak diluluskan


PENTADBIRAN
Ismail Sabri Yaakob melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) di Dewan Rakyat semalam gagal apabila usul mengenainya tidak mendapat sokongan mencukupi ahli dewan.

Ini selepas majoriti wakil rakyat yang hadir yang majoritinya pembangkang menolak untuk ia dilanjutkan selepas undi belah bahagi dijalankan di Dewan Rakyat.

Hanya 84 ahli parlimen bersetuju berbanding 86 yang tidak bersetuju dalam proses undi belah bahagi tersebut. Seramai 50 orang lagi ahli parlimen tidak hadir.

Keputusan itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun, sebelumnya 19 Ahli Parlimen membahaskan usul dikemukakan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin itu.

Usul dibawa Hamzah gagal dapat sokongan
“Maka usul seperti yang anda kemukakan tadi tidak dipersetujui,” umum Azhar disambut sorakan wakil pembangkang.

Ini bermakna, subseksyen berkenaan - yang membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret - tidak akan lagi berkuat kuasa selepas ia luput pada 31 Julai 2022.

Susulan keputusan itu, beberapa ahli parlimen dari Pakatan Harapan melaungkan 'Hidup Rakyat', sementara ada yang menggesa Hamzah meletakkan jawatannya.

Post a Comment

0 Comments