SEORANG Ahli Parlimen dari KEADILAN menggesa supaya sistem undian dijalankan di Dewan rakyat di tambah baik.
Gesaan itu disuarakan Fahmi Fadzil (HARAPAN - Lembah Pantai) susulan pengumuman Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun bahawa terdapat kekhilafan pada proses undi ahli Parlimen ketika usul Subseksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) pada rabu.
“Ini kali kedua dalam Parlimen kita lihat kekhilafan berlaku, sebelum ini saya pernah tegur.
“Saya rasa mungkin sekiranya Tan Sri (Azhar Azizan) boleh mempertimbangkan satu transformasi atau reformasi cara kita membuang undi ditambah baik kerana sekarang masih manual.
“Kita dengar ada ahli Parlimen yang tiada (dalam Dewan Rakyat) tetapi hampir ditandakan ada, kecuali ada pemerhati. Mungkin kita kena kaji apa yang boleh dilakukan,” ujarnya.
Sebelumnya Azhar berkata, diba diberitahu ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif yang bertindak sebagai penghitung undi di blok D1 mengenai kekhilafan tersebut.
![]() |
| Sistem kiraan undi perlu ditambah baik |
Susulan kekhilafan itu Azhar memaklumkan dia menggunakan Peraturan Mesyuarat 100 untuk meminda keputusan belah bahagian bagi usul dari Menteri Dalam Negeri tersebut daripada 84 bersetuju kepada 85 bersetuju dan tidak hadir dipinda dari 50 kepada 49 sahaja, manakala 86 tidak bersetuju tetap sama.



0 Comments