NAIB PRESIDEN parti Keadilan (KEADILAN) Rafizi Ramli akan melancarkan satu program baharu dinamakan ‘Ayuh Malaysia’ bagi menarik sokongan pengundi atas pagar untuk menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).
Melalui satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebooknya, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, inisiatif bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar itu dilaksana setelah pihaknya menyedari betapa keputusan pilihan raya pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak memberangsangkan buat KEADILAN dan HARAPAN.
Antara objektif utama penubuhannya termasuklah mengajak sukarelawan dari kalangan rakyat yang mahu meneruskan momentum perubahan untuk turut serta mendekati pengundi-pengundi atas pagar dengan memainkan peranan di dalam kempen digital, menjadi Ejen Kira Undi (PACA) dan sukarelawan pilihanraya
“2. Memberi nafas baru kepada kempen KEADILAN dan HARAPAN dengan penekanan khusus kepada pengundi atas pagar di kerusi-kerusi marginal yang berhadapan tentangan sengit.
“3. Mempengaruhi diskusi dan kempen politik agar lebih berfokus ke arah mencari penyelesaian kepada masalah-masalah utama masyarakat melalui percambahan idea dasar dan pelan pelaksanaan.
“4. Menampilkan tokoh yang lebih muda dari kalangan pimpinan KEADILAN untuk menjuarai platform dasar yang berfokus kepada penyelesaian masalah,” jelas Rafizi .
Selain mereka berdua, program itu turut menampilkan nama-nama besar dalam politik tanah air antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa), Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Baharu), Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim), Manivannan Gowindasamy (bekas Ahli Parlimen Kapar) dan Sdr Lee Chean Chung (ADUN Semambu, Pahang).
Sehubungan itu jelasnya pihak mereka akan mengadakan majlis pelancaran program itu dengan memperkenalkan aplikasi CISTA yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.
Oleh kerana tempat terhad kepada jemputan seramai 150 orang sahaja, rakyat Malaysia dijemput ke perasmian secara maya menerusi pautan Facebook Live, YouTube dan Twitter Spaces Rafizi bermula jam 8 malam ini. Sebagai usaha tarik semula sokongan
"Kami akan membentangkan teras lima (5) dasar yang wajar diberi perhatian oleh masyarakat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi orang ramai (seperti masalah peluang pekerjaan, masalah kos sara hidup, masalah perumahan dan lain-lain).
"Kami berharap idea-idea yang bakal kami bentangkan melalui Ayuh Malaysia dapat menghidupkan kembali semangat orang ramai untuk terus berusaha membawa Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik," kata kenyataan itu.
0 Comments