Peringatan itu dinyatakan Anthony pada sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat minggu lalu sambil menasihatkan Ismail agar tidak tunduk kepada tekanan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Kita tahu Bagan Datuk (Ahmad Zahid) akan tekan, minggu depan akan tekan, minta buat pilihan raya, bubar Parlimen.
“Saya nak sarankan kepada Yang Berhormat Bera (Ismail Sabri), selepas kita luluskan pindaan perlembagaan berkaitan lompat parti, apakah tidak boleh kita bincang untuk melanjutkan Memorandum Persefahaman (MoU) itu sehingga selepas 31 Julai.
“Atau pun boleh katakan MoU 2.0. Kita boleh ada perjanjian itu kerana buat sementara ini, COVID-19 belum reda, belum selesai, kita tangguhkan pilihan raya.
“Mungkin sehingga akhir tempoh Parlimen ini,” katanya.
Selepas Umno-BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, gesaan supaya Ismail membubarkan Dewan Rakyat bagi memberi laluan semakin kuat kedengaran.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan ketika ketika berucap merasmikan persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO semalam berkata, parti itu tidak mempunyai sebab untuk melengah-lengahkan PRU-15.
Langkah itu jelasnya perlu disegerakan memandangkan parti itu berada dalam momentum yang baik setelah memenangi dua pilihan raya negeri dengan majoriti besar ditambah kedudukan parti-parti lawan yang masih berada dalam keadaan lemah dan berpecah.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut mempersoal sehingga bila pentadbiran Ismail mahu terus bergantung dengan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dan memorandum persefahaman (MOU) bersama pembangkang untuk mengurus kestabilan negara ini?
“Sejak bila kelangsungan serta keabsahan kita sebagai pemerintah bergantung pada ihsan dan simpati parti lain? Sampai bila?” soalnya.
Selain Mohamad Hassan, media turut melaporkan gesaan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang mahu PRU disegerakan atas alasan ‘feel good factor’ pengundi kepada parti itu kebelakangan ini.
Walau bagaimanapun, Pensyarah di Kluster Infektomik, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Kumitaa Theva Das berpandangan PRU tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat.
Sekarang bukan masa sesuai adakan PRU |
"Kes harian yang dilaporkan tinggi dan pelaporan varian baharu seperti peningkatan kes varian Omicron di Hong Kong menunjukkan negara masih lagi berisiko tinggi," katanya dipetik laporan BH.
0 Comments