AHLI PARLIMEN Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengingatkan agar ahli politik khususnya wakil rakyat supaya bersikap berterus-terang kepada rakyat.
Dalam satu temubual ‘Terus Terang Edisi Terpaling’ menerusi yang disiarkan di Facebook pada Sabtu, Naib Presiden KEADILAN itu berkata, dengan sikap terus terang itu dapat memastikan masa depan negara kalis cabaran.
Lebih penting lagi jelasnya, tugas seorang ahli politik itu merupakan satu ibadah didorong oleh kompas moral yang jelas.
"Tanggungjawab dan amanah selaku wakil rakyat atau calon merupakan sesuatu yang besar penghormatannya.
“Jadi sekarang ini, pada saya, kalau kita tidak boleh belajar sama-sama, kita rapatkan saf kerana nak menang pun kerana apa.
“Kita pun ada kehidupan sendiri, keluarga, jadi nak menang itu untuk membantu suba menyelesaikan sosio-ekonomi rakyat,” katanya dalam sesi yang turut dihadiri bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli itu.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, dunia itu lebih daripada pemilihan parti kerana ia hanya sekadar wadah untuk membantu rakyat.
“Jadi kita perlu ambil peluang ini bila ada bakat. Kami (Nurul Izzah dan Rafizi) mungkin dapat tambah satu atau dua peratus tetapi sekurang-kurangnya usaha itu ada.
“Kita hargai pengorbanan pemimpin dan apa yang dilakukannya. Kita kembalilah kepada kompas moral, keinginan untuk melakukan sebaik mungkin,” ujarnya lagi.
Mengulas jati diri pemimpin, Nurul Izzah turut mengulas cadangan pelaksanaan 'khemah besar' diantara pembangkang.
Sambil menegaskan perbincangan mengenainya perlu ikhlas, beliau turut mengingatkan bahawa pemimpin pembangkang sebenar adalah mereka yang tidak mudah untuk dibuai dengan bisikan atau tawaran daripada parti lain.
Sikap ikhlas dan terus terang sangat penting |
“Tetapi kalau dari awal tidak ada kemahuan tersebut tidak boleh memaksa. Pada kami itu satu garis batasan, boleh berunding tetapi pada masa sama idealisme, hala tuju dan kemahuan kita.
“Adakah mereka mahukan jawatan tertentu atau kita mahukan perubahan. Itu perkara yang sukar,” katanya lagi.
0 Comments