AHLI PARLIMEN Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menegaskan bahawa janji Najib Razak tidak boleh dipercayai dan hanya bersifat janji kosong.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP berkata begitu sebagai mengulas janji bekas perdana menteri itu terhadap ekonomi komuniti Cina sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa memerintah negara.
Selain merujuk janji yang pernah dilontarkan Najib, beliau turut menegaskan bahawa sebagai individu yang disabitkan di mahkamah di atas tuduhan pecah amanah, Najib tidak wajar dipercayai.
"Apa yang beliau janjikan selama ini, hanya janji kosong. Janji orang yang disabitkan di mahkamah di atas tuduhan pecah amanah ini, dengar boleh, percaya jangan. Langsung tidak boleh dipercayai.
"Masalah janji Najib ini, di Melaka dia janji lain, apabila menang, buat lain pula. Sama juga di Johor, dia janji lain, bila menang, pun lain (dibuatnya).
"Sekarang dia (dan Barisan Nasional) sudah jadi kerajaan Pusat, apa yang dia janji nak buat, buat lah sekarang. Apa yang kita nampak, tiada apa-apa yang dia buat pun," katanya dipetik laporan Sinar.
Pada Jumaat Najib ketika memberi ucaptama pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Pulau Pinang (Pibis) menyentuh berkaitan politik ditujukan buat komuniti Cina.Steven Sim anggap Najib tak boleh dipercayai
Katanya sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa beliau dapat beri jaminan pasaran saham akan kembali rancak dan pelabur asing akan memilih negara Malaysia.
0 Comments