Alasan covid beri gambaran k'jaan tiada kemahuan siasat kes berprofile tinggi



ALASAN diberikan pihak berkuasa negara ini berhubung kelewatan menyiasat kes dana berkaitan 1MDB membabitkan suami bekas Gabenor Bank Negara dipersoalkan.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, alasan kelewatan siasatan kes Tawfiq Ayman itu disebabkan pegawai penyiasatnya dijangkiti Covid-19 pada Februari bertanya sama ada terdapat lebih daripada seorang pegawai penyiasat dalam pasukan polis positif virus itu.
 
“Kamu tidak boleh menggunakan alasan ini. Bagaimana dengan pegawai penyiasat lain dalam pasukan itu? Jika seorang pegawai disahkan positif, pegawai lain masih boleh pergi,” katanya dipetik FMT.

Charles turut mengandaikan bahawa tindakan pihak berkuasa menagguhkan siasatan itu telag menunjukkan kurangnya kemahuan politik di pihak kerajaan untuk meneruskan kes terbabit.

“Ini adalah kes berprofil tinggi dan dengan menangguhkan siasatan ini, ia bermakna tiada kemahuan politik untuk meneruskan perkara ini.

“Orang ramai mendakwa Tawfiq dan isterinya, bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz melakukan pengubahan wang haram.

“Saya fikir di sinilah polis perlu bertindak balas, sama ada suka atau tidak, anda perlu bertanggungjawab atas kelewatan itu,” katanya.

Polis Singapura dilaporkan telah memaklumkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai urus niaga mencurigakan pada 2015 dan 2016 membabitkan syarikat milik suami Zeti dan seorang anak lelakinya.

Timbalan Menteri Undang-Undang Mas Ermieyati Samsudin sebelum ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa polis tidak dapat meneruskan siasatan buat sementara waktu kerana sempadan ditutup.

Alasan hanya timbulkan tanya


Pihak berkuasa negara itu kemudan  mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mencadangkan kepada pasukan Malaysia supaya melakukan perjalanan antara 8 dan 9 Feb, namun pihak Malaysia hanya memberi maklum balas pada 10 Mac dengan memohon untuk masuk ke republik itu pada pertengahan hingga lewat Mac.


Polis berkata, faktor lain yang menyebabkan kelewatan itu ialah penggantungan sementara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura antara 23 Dis 2021 hingga 20 Jan tahun ini selain tiada jawapan daripada saksi di Singapura mengenai kesediaan untuk disoal oleh polis Malaysia.
 

 

Post a Comment

0 Comments