KERAJAAN Malaysia ketika era Barisan Nasional (BN) didakwa menandatangani perjanjian bernilai AS$1.5 juta (RM6.5 juta) dengan sebuah syarikat siber milik Israel.
Laman berita teknologi Israel CTech dalam laporannya mendakwa perjanjian itu ditandatangani pentadbiran Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
Perjanjian dengan syarikat siber Senpai Technologies itu menggunakan kod nama “Project Magnum.” untuk membolehkan semua maklumat aktiviti orang awam dikumpul dan dianalisa sebulan sebelum pilihan raya.
"Hanya sebulan sebelum pilihan raya, pemerintah Malaysia menandatangani perjanjian untuk memperoleh sistem yang membolehkannya mengumpulkan maklumat dan menganalisis data mengenai orang awam aktiviti.
"Sistem ini dimaksudkan untuk digunakan oleh agensi perisikan Malaysia Cawangan Khas (SB).
"Syarikat yang membangun dan membekalkan sistem ini kepada kerajaan Malaysia adalah Senpai Technologies Ltd., sebuah syarikat keselamatan kecil siber Israel," tulis laporan itu.
CTech membuat pendedahan itu berdasarkan dokumen-dokumen mahkamah di Israel yang diperoleh dan disemak oleh Calcalist, sebuah harian kewangan terkemuka Israel.
Menurut laman itu lagi, perancangan pentadbiran Najib untuk menggunakan sistem Senpai untuk “Penyiasatan Politik” tidak dirahsiakan kerana ia dinyatakan dengan jelas melalui korespondan melalui email dalaman mereka.
Oleh kerana Israel dan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi, perjanjian itu ditandatangani melalui syarikat saluran Cyprus bernama Kohai Corp. Ltd.
Setakat ini, belum ada penjelasan dibuat Najib Razak berhubung dakwaan disiarkan portal tersebut.
0 Comments