Anwar dedah ditawar jawatan jika sanggup khianat


DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan usaha 'pihak tertentu' yang cuba memujuknya mengkhianati mandat rakyat.

Pada siaran langsung di Facebook hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata jaminan telah dibuat kepadanya sekiranya beliau ingin bergabung dengan pihak berkenaan.

Anwar turut mendedahkan, sekiranya bersetuju untuk bersama kumpulan itu, beliau akan diberikan kedudukan dan jawatan dalam kerajaan.

"Dalam keadaan sekarang kalau saya mahu, saya boleh pilih untuk menyertai (pihak berkenaan).

"Saya dapat jaminan kedudukan lebih baik. Kalau tak, perdana menteri, timbalan perdana menteri ada jaminan," katanya.

Bagaimanapun Presiden KEADILAN itu menegaskan beliau terus akan memegang amanah diberikan rakyat dan perlu membuat pilihan "berdasarkan prinsip."

"Sudah umur begini dan pengalaman kecil ada, elok kita pilih jalan yang baik," katanya lagi.

Anwar bagaimanapun tidak menjelaskan siapa yang memberikan jaminan tesebut kepadanya tetapi membuat kenyataan itu ketika mengulas mengenai tindakan PKR terhadap pihak yang berpaling tadah daripada parti atau tidak lagi yakin kepada prinsip perjuangannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menolak spekulasi dimainkan lawan politiknya yang mendakwa  beliau mahu menjadi Menteri Besar Selangor.

Post a Comment

0 Comments