KERAJAAN Selangor mengambil satu lagi inisiatif bagi meringankan beban rakyat terutama berkait harga dan bekalan makanan.
Dipetik laporan Bernama, kerajaan negeri pimpinan KEADILAN itu sedang berunding dengan pengeluar telur ayam di negeri itu dalam usaha menurunkan harga sumber protein itu.
Sebahagi sebahagian persediaan bekalan sehingga sambutan Aidilfitri Mei depan, kerajaan negeri mensasarkan agar peniaga di negeri itu dapat menjual telur di bawah harga pasaran.
“Kita nak pastikan harga telur ayam berada pada tahap betul-betul rendah bawah harga siling yang ditetapkan kini. Di Selangor setakat ini, bekalan tidak (berkurangan) sangat tetapi harga (agak tinggi).
“Insya-Allah minggu ini harga telur ayam mengikut gred akan selesai ditetapkan sebelum dipasarkan dalam Program Intervensi Harga Makanan Ehsan bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)”, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim.
Sementara itu helas Uzham, sebagai usaha mencapai tujuan itu pelbagai kaedah untuk membantu pengeluar telur ayam sedang diusahakan termasuk aspek sewaan tapak dan makanan ternakan dalam memastikan harga telur ayam dapat diturunkan.
Dalam pada itu Izham berkata pihaknya juga mula menambah bekalan ikan dan daging lembu untuk dipasarkan di bawah harga siling di dua outlet PKPS iaitu Pasar Borong Selangor dan Wisma PKPS.
![]() |
Usaha kearah itu sedang digerakkan |
Pada Sabtu lepas, kerajaan Selangor melalui PKPS mula melaksanakan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan, dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8 sekilogram sebagai usaha menangani lonjakan harga barang makanan ketika ini.
0 Comments