BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mujahid Yusof Rawa mendakwa Siti Zailah Mohd Yusoff “keliru” dengan peranannya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menurut laporan FMT Mujahid berkata, sebagai timbalan menteri, Siti Zailah sepatutnya menumpukan dasar dan isu seperti keganasan rumah tangga, perkahwinan kanak-kanak dan gejala sosial, bukannya memuat naik video memberi nasihat rumah tangga.
“Tidak wajar bagi (timbalan) menteri atau wanita memberi nasihat secara terbuka tentang cara suami menegur isteri. Itu jelas menunjukkan dirinya tidak tahu fungsinya dan cuba melakukan perkara lain pula,” katanya menurut portal itu.
Kritikan idu dibuat susulan tindakan Siti Zailah. Ahli Parlimen dari PAS memuat naik klip video dua minit di Instagram menyarankan suami boleh menggunakan “sentuhan fizikal lembut tetapi tegas” untuk menegur isteri.
Dia juga memberi nasihat agar suami memisahkan tempat tidur selama tiga hari sebagai cara menjaga keharmonian rumah tangga, sekiranya berkonflik dengan pasangan mereka.
Saranan Siti Zailah itu turut mendapat perhatian badan bukan kerajaan, Sisters in Islam (SIS) yang menyifatkan Siti Zailah “jahil” dalam mendalami realiti dihadapi wanita.
“Retorik mengatakan suami dibenar mendisiplinkan isteri dibuat tanpa renungan mendalam dan hubungan dengan realiti yang dihadapi wanita. Kenapa beliau tidak menyedari peningkatan kes keganasan rumah tangga dalam tempoh pandemik?”
SIS berkata, naratif suami dibenarkan “memukul isteri dengan lembut” tidak lagi diterima atau dibenarkan, malah di kebanyakan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Saranan Siti Zailah dibidas beberapa pihak |
“Daripada mendesak kesaksamaan gender serta menghapuskan keganasan rumah tangga membabitkan wanita, beliau memuat naik video menggalak dan menyokong layanan terhadap wanita sebagai individu tidak setara dalam perkahwinan yang menjadi subjek untuk didisiplindan diperbetulkan menggunakan cara fizikal,” kata kumpulan itu lagi.
0 Comments