PRN Johor: Maszlee Malik calon di DUN Layang-layang


BEKAS Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik diumumkan sebagai calon KEADILAN pada pilihan raya negeri (PRN) Johor bagi DUN Layang-Layang.

Pengumuman itu dibuat Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis pengumuman calon bagi wilayah tengah Johor di Rengit semalam.

Tambah Anwar kebiasaanya Ahli Parlimen tidak dinamakan untuk bertanding DUN, namun pada PRN Johor Maszlee diberi pengeculian itu.

“Tokoh kita yang muda, dia ada pengalaman. Dulu pensyarah di universiti kemudian jadi Menteri Pendidikan.

“Dia tokoh yang selalu dengan kita dari awal. Sebab itu saya nak tonjolkan Maszlee agar boleh bantu dengan pengalaman dia,” katanya dalam siaran langsung yang disiarkan di Facebook.

Sementara itu Maszlee dipetik laporan Malaysiakini memberi tahu bahawa mengambil maklum yang pencalonannya di sebalik amalan KEADILAN untuk tidak meletakkan ahli parlimen bertanding di kerusi DUN.

Bagaimanapun dia berkata akan berusaha sebaik mungkin untuk memenangi kerusi itu, dengan bantuan jentera parti di bawah parlimen Simpang Renggam.

“Sama ada saya terlibat dengan DUN atau tidak, tekad kita memang untuk menangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Johor, terutama calon-calon KEADILAN.

Maszlee tokoh akademik disegani
“PRN kali ini, kita akan lakukan pendekatan di luar kotak, tidak konvensional kerana keadaan yang berbeza dan demi memastikan apa yang kita impikan agar Johor kembali bangkit, maju, bermaruah,” katany.

Bekas Ahli Akademik itu turut menyebut sekali lagi hasrat KEADILAN untuk menjadikan Johor sebagai hab ekonomi di rantau Asean dengan kerjasama terutama dengan Indonesia, Singapura dan Brunei.

Post a Comment

0 Comments