PERDANA MENTERI Ismail Sabri Yaakob diberi kata dua sama ada membentangkan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti pada sidang Dewan Rakyat akan datang atau memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan “terbatal dengan sendiri”.
Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kata dua itu telah disampaikan beliau dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu.
Pertemuan itu turut disertai Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
“Kami bertiga bertemu Perdana Menteri dan menjelaskan tidak mungkin MoU ini bertahan, sekiranya undang-undang itu tidak diluluskan pada sesi Parlimen yang akan berakhir Mac depan.
“Maka, itulah titik tolaknya, kalau setuju…rundingan boleh diteruskan, kalau tidak, terbatal dengan sendiri MoU dengan kerajaan persekutuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya gabungan itu Johor.
Ismail digesa penuhi perkara dalam MoU |
Ia antara lain menyatakan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022.
Menerusi MoU itu, HARAPAN juga bersetuju menyokong atau berkecuali dalam pengundian Belanjawan 2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan Belanjawan 2022 serta proses penggubalan RUU itu dirunding dan dipersetujui bersama.
0 Comments