Pakar kesihatan bidas menteri langgar SOP


SEORANG Pakar Kesihatan membuat teguran terhadap  pemimpin-pemimpin tertinggi Malaysia yang menetapkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, tetapi kemudian ingkar arahan ditetapkan mereka.

Datuk Dr Musa Mohd Nordin menerusi ciapan di Twitter, memuatnaik ciapan yang ditulis dengan rima akhir seakan-akan pantun, menegur isu pelanggaran SOP membabitkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“He is the chief of SOP, He violated and he flop, PM Malaysia pun tak stop, We Malaysia fail from the top

“Johor sure akan meletop, the ugly we must chop, the bad we must drop, baru lah Malaysia mantop,” ciap Pakar Perunding Pediatrik di Hospital Pakar KPJ Damansara itu.

Beliau turut menegur tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempertahankan Hishammuddin apabila mengatakan menteri kanannya itu tidak melakukan jenayah hanya kerana melanggar SOP Covid-19.

Terdahulu Hishammuddin terpalit dengan isu pelanggaran SOP apabila satu video tular menyaksikan beliau meredah kerumunan hadirin pada Majlis Pelancaran Briged MIC, di Kota Iskandar Johor Ahad lalu.

Buang pemimpin 'cakap tak serupa bikin'
Banyak pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen pembangkang mula mendesak Hishammuddin meletakkan jawatan kerana Hishammuddin yang memegang jawatan sebagai pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19, sebelum ini telah mengumumkan pelbagai SOP Covid-19 kebangsaan, serta mengatakan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu dijalankan dengan selamat.

Ismail Sabri kemudian bagaimanapun mengatakan bahawa Hishammuddin tidak perlu meletakkan jawatan.

Beliau juga menganggap sekiranya peletakan jawatan perlu dilakukan oleh menteri-menteri yang melanggar SOP, maka tiada lagi menteri yang akan bekerja kerana semua perlu meletakkan jawatan.

Post a Comment

0 Comments