Negara perlu selesai segera wujudkan sistem kawal selia pendanaan politik


PENGARAH juga Pengasas Center to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center Malaysia), Cynthia Gabriel menegaskan bahawa satu bentuk sistem yang mengawal selia pendanaan politik di negara ini perlu diwujudkan segera.

Bercakap pada program agenda AWANI Khas: Suburkan Demokrasi Negara, Cynthia berkata, langkah itu sebegai usaha membendung seterusnya menghapuskan budaya korupsi dari terus berleluasa dalam politik di negara ini.

Ketika ini katanya, Malaysia masih belum mempunyai sebarang akta atau undang-undang yang menggariskan perkara yang boleh dan tidak boleh dalam isu dana untuk menggerakkan aktiviti politik secara individu mahupun secara kolektif dalam parti.

“Perlu ada mekanisme kawal selia seperti nilai maksimum sumbangan dan paling penting sumber dana itu. Kalau ia datang dari sumber yang haram maka ia harus dihentikan.

“Isu ketelusan itu sangat penting dari segi siapa yang memberi wang itu dan bagaimana ia digunakan,” katanya yang turut melihat sistem itu sebagai titik bermulanya amalan demokrasi yang lebih bersih di Malaysia.

Mengulas lanjut berkenaan perkara itu, Cynthia juga menegaskan perlu ada kesanggupan politik yang kuat untuk membawanya ke peringkat seterusnya sehingga ia diluluskan di Parlimen dan dikuatkuasakan secekapnya.

Pada era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN), Kerajaan bercadang membentangkan Rang Undang-Undang Pembiayaan Dana Politik pada 2020.

Kawal selia pendanaan politik dapat bendung rasuah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Mendiang Datuk Liew Vui Keong menjelaskan, penyediaan rang undang-undang berkenaan akan memfokuskan aspek mengawal selia sumbangan politik dalam usaha kerajaan membentuk ekosistem negara yang bebas rasuah pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun cadangan itu tergantung apabila pentadbiran negara bertukar susulan krisis politik 'Langkah Sheraton'.

Post a Comment

0 Comments