Legasi politik Mahiaddin dihumban ke bakul sampah sejarah - Hassan


AHLI PARLIMEN
Pasir Gudang Hassan Karim mengkritik ketidakstabilan politik negara yang dakwanya berpunca dari tindakan mungkir janji dan tamak kuasa.

Melalui satu kenyataan, Hassan mengkritik peranan bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yassin yang memainkan peranan dalam menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat (HARAPAN) yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
 
"Apakah balasan perbuatan Mahiaddin yang mungkir janji itu?

"Mahiaddin tidak kekal lama sebagai perdana menteri. Hanya setahun lebih sahaja iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana rakyat terkurung, parlimen digantung dan Darurat diisytiharkan di seluruh negara.

"Kemudian sampai masa giliran Muhyiddin pula ditumbangkan . Lima belas orang ahli parlimen Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin di Parlimen.

"Muhyiddin terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin runtuh seperti daun terup menyembah ke bumi.

Legasi bina terhapus dengan pengkhianatan
"Demikianlah pengajaran kepada Mahathir dan Muhyiddin," katanya.

Hassan turut mengimbau bagaimana Tun Dr Mahathir Mohammad tidak mengotakan janjinya untuk menyerahkan tampuk pentadbiran negara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Memetik Leon Trotsky, Hassan berkata tindakan politik yang tidak beretika dan mungkir janji telah menyebabkan legasi politik Mahathir dan Muhyiddin dibuang ke dalam "bakul sampah sejarah".

Post a Comment

0 Comments