Anwar gesa k'jaan tambah bantuan berdasarkan kerugian mangsa banjir


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menyalurkan bantuan segera yang berjumlah antara RM5,000 ke RM10,000 setiap mangsa banjir Disember 2021.

Tegasnya, bantuan itu wajar diberikan mengikut kesan kerugian yang ditanggung mangsa dan

Ia langkah bersesuaian untuk membantu mangsa pulih semula dari bencana yang dialami susulan ketetapan kerajaan yang tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada mereka yang terkesan.

“Kerajaan mesti segera menyalurkan bantuan kewangan kepada semua mangsa banjir yang terkesan.

“Semua mangsa banjir saat ini dalam keadaan yang cukup derita dan terdesak tatkala mereka kini dibebankan dengan kerugian yang amat dahsyat.

“Usah tambah beban rakyat dengan kerenah birokrasi yang melampau yang hanya melambatkan proses menyalurkan bantuan,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Anwar yang juga adalah Ahli Parlimen Port Dickson turut berkata, kerajaan Ismail Sabri perlu ada rancangan dan jalan baru dalam mengemudi negara, terutamanya di saat krisis dan dalam aspek menyalurkan bantuan kepada rakyat.

K'jaan digesa rangka rancangan kemudi negara


Terdahulu, kerajaan menyatakan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000, meskipun ramai mangsa terjejas dengan banjir ketika ini.


Ini berikutan, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.