UNGKAPAN 'national embarrassment' (memalukan negara) digunakan Pengerusi panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil terhadap Najib Razak bagi mengekalkan sabitan bersalah bekas Perdana Menteri itu semalam menjadi buah mulut dan perbualan warga maya.
Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan sebelum ini cuba mencari semula pengaruh dan kepercayaan dengan menggunakan slogan 'Malu Apa Bossku' selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya tumbang terpaksa akur apabila trending dengan frasa 'national embarrassment (memalukan negara)' di media sosial.
Setakat petang semalam,frasa itu dilapor telah digunakan pada lebih 13,00 kicauan setakat jam 3 petang Rabu.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu turut menarik kreativiti aktivis, Fahmi Reza dengan lakaran terbaharunya dengan kapsyen, Still guilty of corruption (Masih bersalah kerana rasuah).
Pengguna Twitter, Puspawati Rosman yang dipetik laporan Malaysia dateline menulis, “Bukan calang-calang orang boleh dapat anugerah Aib Negara ni. Tahniahlah.” sindirnya.
Semalam mahkamah dalam keputusannya berkata, tiada sebab untuk pihaknya bercanggah dengan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan.
Malah mahkamah menyifatkan adalah tidak masuk akal bagi kerajaan, menjadi penjamin kepada syarikat korporat berkaitan kerajaan GLC dengan mengetahui ia tidak boleh membayar balik pinjaman atau faedah.
“There is no national interest here as the appellant claimed for SRC, just a national embarrassment (Ini bukan bagi kepentingan nasional sebagaimana yang dituntut oleh perayu untuk SRC, ini adalah memalukan negara),” tegas Abdul Karim ketika membaca keputusan itu dalam bahasa Inggeris.
Najib sebelumnya mendakwa tindakan-tindakan dilakukannya berkait beberapa tindakan berkaitan syarikat SRC International adalah untuk kepentingan nasional.
Abdul Karim bagaimanapun menegaskan bahawa mahkamah berpendapat Najib mempunyai kepentingan peribadi meluluskan RM4 bilion kepada syarikat itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib dilapor telah mengarahkan peguamnya memfailkan rayuan berhubung hukuman diterimanya kepada Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan adalah satu-satu talian hayat untuk Najib ketika ini.
Susulan keputusan Mahkamah Rayuan semalam, karier politik Najib dilihat bertemu halangan terutama untuk dia mempertahankan kerusi Parlimen diwakilinya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Peguam New Sin Yew yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan individu yang dijatuhi hukuman penjara setahun atau lebih, atau denda RM2,000 atau lebih, hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.
Fasal 4 Artikel berkenaan membolehkan status individu yang hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
Hayat politik Najib dah sampai penghujung? |
Justeru jika keputusan bersalah terhadapnya tidak dibatalkan di peringkat Mahkamah Prsekutuan, karier politik bekas Presiden Umno itu dilihat bakal berakhir.
0 Comments