Ahli Parlimen bimbang janji internet 4G cuma nak pancing undi

 


KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia digesa supaya menjelaskan masalah sebenar menyebabkan kadar liputan 4G di Sarawak masih rendah.

Gesaan itu disuarakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil susulan masalah liputan menjelang pilihan raya negeri (PRN) 18 Dis ini.

“SOP Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan 78% daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mempunyai kadar liputan 4G yang rendah, ini bermaksud 64 daripada 82 DUN di Sarawak mempunyai liputan 4G yang rendah,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Gesaan itu dibuat setelah  Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa memaklumkan capaian internet 4G di seluruh Sarawak akan meningkat kepada 92% menjelang 2022.

Kata Ahli Parlimen Ketereh itu, Sarawak akan mempunyai liputan internet 4G hampir sama dengan negeri lain di seluruh negara apabila kerajaan mempercepatkan proses menaik taraf prasarana dan infrastruktur jalur lebar dengan kos RM4.09 bilion.

Sementara itu, Seorang Ahli Parlimen HARAPAN mendakwa janji capaian liputan internet 4G di seluruh Sarawak akan meningkat ke tahap 92% menjelang 2022, hanyalah untuk “memancing undi” pada pilihan raya negeri (PRN) itu.

Khoo Poay Tiong yang merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, beliau meragui kenyataan Annuar Musa selepas melihat capaian internet di Sarawak sangat teruk.

“Saya nak tanya menteri, bagaimana boleh capai sasaran yang dijanjikan oleh menteri 92% pada tahun depan, kalau dalam kenyataannya kata akan belanja RM4 bilion, tetapi tahun depan hanya diperuntukkan RM700 juta sahaja.

“Pada hujung minggu lepas saya baru pergi Sarawak, perjalanan dua jam dari Kuching tiada liputan internet, malah talian telefon pun tak dapat.

Jangan sekadar janji kosong, kata Ahli Parlimen
“Sebab saya khuatir ini…janji untuk menjelang pilihan raya Sarawak satu janji dan masa depan akan jadi satu janji kosong sahaja,” katanya pada sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun Annuar menafikan kenyataannya bertujuan ‘memancing undi’.

Post a Comment

0 Comments