AHLI parti Bersatu, Ali anak Biju dilapor dikenakan kompaun RM4,000 susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh penyokongnya.
Dipetik laporan Malaysia dateline, kompaun tersebut dikeluarkan Polis Kontinjen Sarawak setelah penyokongnya berkumpul ketika Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 6 Disember lalu.
“Setakat ini satu kertas siasatan dibuka berkaitan dengan kes pada hari penamaan calon iaitu terdapat satu kompaun dikeluarkan kepada seorang calon Bebas yang mana penyokong-penyokong calon terbabit telah berkumpul dan menunggu calon tersebut selepas dia selesai penamaan calon di pusat penamaan calon.
"Kadar kompaun yang diperuntukkan bagi kesalahan ini adalah RM4,000 mengikut Peraturan 10 Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)” kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dipetik.
SPR mengumumkan SOP kawalan kehadiran yang tidak membenarkan wakil atau penyokong parti hadir di pusat penamaan calon serta atas kesalahan tiada penjarakan fizikal.
Ali Biju merupakan Naib Presiden Bersatu Sarawak, membuat kejutan apabila tampil bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.
Ia selepas parti itu mengumumkan tidak akan meletakkan calon mereka pada PRN kali ini dan memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Sebagai rekod, Ali Biju merupakan bekas wakil rakyat KEADILAN yang berpaling tadah dan meninggalkan parti itu dalam 'langkah Sheraton' Dia adalah Ahli Parlimen Saratok dan ADUN dua penggal bagi kerusi Krian.
Calon dan penyokong dinasihat terus patuhi SOP |
Bagaimanapun Dia hari ini mengumumkan menarik diri daripada persaingan itu hari ini setelah mendapat nasihat dari Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yassin.
0 Comments