KEPUTUSAN Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun tidak membenarkan isu banjir yang melanda Lembah Klang dan beberapa negeri dibahaskan di Dewan Rakyat semalam mencetus rasa tidak puas hati Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN)
Fahmi Fadzil (HARAPAN-Lembah Pantai) pada sidang media berhubung perkara itu berkata, Azhar sepatutnya memberi sedikit ruang dengan menggunakan apa yang terkandung dalam peraturan mesyuarat untuk membolehkan isu penting itu dibahaskan.
Bukan sahaja tindakan Azhar, Pengarah Komunikasi parti KEADILAN itu turut menyuarakan kekecewaannya terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana tidak menawarkan diri untuk menjelaskan maklum balas kerajaan kepada Ahli Parlimen, walaupun hadir di Dewan Rakyat.
“Kami ingin mengetahui maklum balas kerajaan terhadap krisis yang direkodkan melalui hansard dan kini kami perlu menunggu sehingga Mac. Inilah sebabnya orang marah kepada ahli politik dan kerajaan.
“Adakah kita perlu tunggu sehingga rumah Speaker banjir, baru kita nak bahas? Ia agak kasar tapi tegas, isunya adakah kita tidak melihat perkara ini sebagai perkara yang serius,” katanya.
Azhar pada sidang dewan semalam berkata, perkara mengenai banjir tidak boleh dibahaskan kerana tidak terkandung dalam aturan urusan mesyuarat (AUM) sidang Dewan Rakyat.
“Maaflah. Kalau hendak penerangan menteri itu, selalunya itu terserah kepada menteri untuk membuat penerangan dengan memberi notis kepada saya bahawa mereka akan membuat penerangan di bawah peruntukan 14(1)(i) AUM.
“Jadi, kita tidak boleh melompat daripada satu isu ke satu isu, tanpa isu itu berada dalam AUM,” katanya.
Keputusan Azhar cetus rasa marah |
“Kita amat dukacita dan marah kerana tidak diberi ruang untuk membahas, walaupun kita ada masa.
“Terdapat masalah seperti usaha menyelamatkan mangsa yang lambat, kekurangan kemudahan dan peralatan di pusat perlindungan banjir yang sepatutnya dijelaskan oleh kerajaan.” tegasnya.
0 Comments