SEORANG Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi pengecualian bil air dan elektrik kepada mangsa banjir yang berlaku hujung minggu lalu.
Hannah Yeoh (HARAPAN- Segambut) pada satu sidang media di Parlimen berkata permintaan itu dibangkitkan sendiri oleh penduduk yang terkesan kerana mereka perlu menggunakan sumber air dan elektrik dalam kuantiti yang banyak untuk membersihkan kediaman selepas dilanda bencana itu.
“Oleh kerana kerja pembersihan yang sangat besar, jadi ia mengambil banyak penggunaan air dan elektrik, jadi mereka (mangsa) nak dikecualikan pembayaran bil untuk bulan ini,” katanya bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.
Hannah turut mengingatkan kepada kesusahan yang perlu dihadapi ramai mangsa selepas kejadian itu. Mereka katanya perlu membaik pulih rumah serta membeli perkakas baharu.
Mangsa berdepan situasi sukar dan perlu dibantu |
Beliau turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir bagi memastikan tiada warga emas dan Orang Kurang Upaya yang terlepas daripada mendapat bantuan segera.
0 Comments