Banjir: 5 bulan lalu, Nurul Izzah dah ingatkan k'jaan


RAKAMAN
perbahasan Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar pada 26 Julai lalu, yang mengingatkan kerajaan supaya bersedia untuk menghadapi musim tengkujuh tular di media sosial.


Malaysiakini yang melaporkan perkara itu berkata, dalam perbahasan kira-kira lima bulan lalu, Nurul Izzah telah mengingatkan pentadbiran Mahiaddin Md Yassin ketika itu bahawa  kes Covid-19 telah pun memberi tekanan kepada sistem kesihatan negara dan keadaan akan menjadi lebih teruk jika kemungkinan banjir tidak diambil kira dalam perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

“Di Pulau Pinang, kami sudah mengadakan kerjasama, kerajaan negeri, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pejabat daerah untuk menyediakan pelan rapi, perancangan menjelang (musim) banjir nanti.

“Jadi kena ada beberapa perancangan kerana kita akan mengalami banjir ketika pandemik.

“Saya minta kesiapsiagaan ini diambil kira dalam pelan pemulihan (negara) dengan serius, khususnya oleh Kementerian Kewangan juga,” katanya ketika itu.

Pentadbiran ketika era Mahiaddin dianggap sebagai gagal setelah pelbagai isu berkaitan rakyat tidak diselesaikan.

Rakyat ketika itu melancarkan kempen kibar bendera putih setelah banyak rakyat berdepan kesukaran untuk meneruskan hidup susulan pendemik yang tidak berjaya ditangani ketika itu.

Susulan kritikan terhadap kerajaan Mahiaddin, beberapa Ahli Parlimen Umno menarik semula sokongan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu yang membawa kepada peletakan jawatan Mahiaddin.

Nurul Izzah telah suarakan kebimbangan
Dia kemudian digantikan Naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob yang kemudian melantik Mahiaddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Dalam insiden banjir yang berlaku di sebahagian besar semenanjung hujung minggu lalu, kerajaan Ismail dikritik setelah dianggap lambat bertindak.

Post a Comment

0 Comments