BEBERAPA Ahli Parlimen terus mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun yang menolak usul untuk membahaskan isu banjir.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan, sejak bila pula usul secara lisan dalam keadaan tergempar sekarang tidak boleh.
“Even in court, in special circumstances oral motion is tolerated! (Hatta dalam mahkamah, dalam kes khas macam ini, usul secara lisan diterima)
“Come on TS..since when you have become too lilteralist?” kata beliau yang merupakan seorang peguam sebagaimana Azizan.
Hanipa turut mengingatkan Azhar kepada pepatah Melayu berbunyi ‘hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’
Tegasnya, jika Speaker mahu membenarkan usul berkaitan nasib dan kepentingan rakyat itu dibahas, seribu alasan dicari untuk membolehkannya.
“Jika nak benaq bahas ada seribu alasan jika tak mahu benaq bahas pula ada seribu dalih. Pick and choose!” kata Hanipa dipetik laporan Dateline.
Azhar sebelum ini dilapor menolak gesaan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) supaya usul berkaitan isu banjir yang melanda Lembah Klang dan beberapa negeri dibahaskan
Dipetik laporan media, Azhar berkata, perkara mengenai banjir tidak boleh dibahaskan kerana tidak terkandung dalam aturan urusan mesyuarat (AUM) sidang Dewan Rakyat.
“Maaflah. Kalau hendak penerangan menteri itu, selalunya itu terserah kepada menteri untuk membuat penerangan dengan memberi notis kepada saya bahawa mereka akan membuat penerangan di bawah peruntukan 14(1)(i) AUM," katanya.
BACA: Ahli Parlimen berang dengan Speaker
Tindakan Azhar itu kemudian mencetus kekecohan dalam Dewan Rakyat .
Azhar dikritik kerana enggan benar bahas isu banjir |
Susulan kejadian banjir besar minggu lalu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dikecam hebat setelah dilihat tidak memainkan peranan proaktif.
Pengarah NADMA serta menteri yang menjaganya turut digesa agar meletakkan jawatan
0 Comments