Selamatkan T'ganu dari PAS, HARAPAN sependapat dengan Umno


PAKATAN HARAPAN
(HARAPAN) Terengganu menzahirkan rasa tanggungjawab bagi memastikan negeri itu terus membangun dan tidak terbantut oleh pemerintahan kerajaan PAS hari ini.

Pengerusinya Raja Bahrin Shah berkata, ekoran itu mereka mempunyai pandangan yang sama dengan pihak Umno negeri itu bahawa Terengganu perlu diselamatkan dari pemerintahan lemah.

“Kesejahteraan, kebajikan serta kemakmuran rakyat Terengganu merupakan keutamaan pada kami dan mana-mana pihak yang mendahulukan rakyat dan pembangunan Negeri

“Dengan sumber minyak dan gas Terengganu yang makin berkurangan, perancangan yang memandang jauh ke hadapan dan lebih profesional adalah amat diperlukan,” katanya dipetik laporan Malaysiadateline.

Bekas timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menambah,  keutamaan untuk kesejahteraan dan kemakmuran masa depan rakyat Terengganu merupakan pandangan yang dikongsi bersama pihak yang prihatin masa depan rakyat tidak mengira dari parti politik mana sekali pun.

"Keutamaan Umno sekarang ini asalkan bukan PAS dan kepentingan kita pun sama, kerana PAS ini merosakkan Terengganu.

“Kita ada persamaan nak menyelamatkan Terengganu ini daripada PAS," katanya dipetik laporan sebuah portal.

November lalu, Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad Said menegaskan bahawa partinya tidak akan menjalin kerjasama dengan PAS, malah mahu merampas negeri itu dari parti berkenaan.
 
Beliau berkata, mereka tidak akan berganjak dengan pendirian itu apatah lagi kerajaan negeri yang ditadbir PAS  dakwanya tidak berlaku adil kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ketika pengagihan peruntukan bantuan COVID-19.

Umno dakwa PAS tak berlaku adil
"Saya kata PAS tak akan bersama UMNO (dan) dia akan pergi PPBM (bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

"Saya tahu baca politik PAS sebab PPBM (BERSATU) tak ada jentera. Sebab itu PAS akan gunakan PPBM (dengan) tawarkan jentera dia dan sebagai balasan dia tanggunglah kos-kos untuk pilihan raya dan sebagainya," dakwa bekas Menteri Besar itu.


Post a Comment

0 Comments