Kerajaan 'lembab' tangani isu harga barang - Anwar


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) mengkritik cara kerajaan menangani isu kenaikkan mendadak beberapa harga barang keperluan asas seperti dilapor media baru-baru ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mekanisma pengawalan harga barangan itu dilihat mengecewakan kerana dilakukan terlalu lembab.

Beliau turut mengingatkan bahawa kenaikan harga bukan perkara baharu dihadapi pemerintah malah terdapat tindakan tindakan yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini

Namun langkah diambil kerajaan kini jelasnya bertindak tidak selari dengan hasrat kononnya mahu mengawal kenaikan harga barangan dengan segera.

"Menteri jawab 'kita sedang merancang, sedang mengambil tindakan'.Kita sedang hadapi krisis. Kehidupan rakyat B40 sudah jadi krisis

"Kita dah cadangkan jika Menteri Pengguna tak mampu buat, kena (minta bantuan) Menteri Pertanian, kerana agensi banyak terlibat. Saya kata ambil tindakan segera, panggil jawatankuasa kabinet. Ini (kebaikan harga) bukan baru.

"Barang naik dari dulu. Barang naik, kita buat jawatankuasa kabinet, buat tekanan. Jadi harga lebih jauh terkawal.

"Sekarang tak ada siapa yang sibuk (bertindak)," katanya dalam sidang media.

Semalam Anwar ditemani isterinya yang juga Ahli Parlimen Pandan Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Fahmi Fadzil (Ahli Parlimen Lembah Pantai) meninjau pasar pagi dan bertemu peniaga di Kampung Kerinchi bagi menyelami sendiri isu kenaikan harga bahan mentah.

Anwar dengar sendiri keluhan peniaga dan rakyat


Kemudian, melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar menjelaskan bahawa beliau turut berjanji akan berusaha isu dengan segera dalam persidangan Parlimen.


“Mendengar dan bertukar pendapat dengan peniaga terutamanya soal harga barang yang meningkat dan kos pemasaran yang mendadak naik,” katanya dalam perkongsian itu.

Post a Comment

0 Comments