Rakyat Sarawak diseru sokong calon parti komponen HARAPAN

 


RAKYAT
Sarawak diseru memberikan sokongan kepada calon-calon daripada parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 pada 18 Disember.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan seruan itu melalui Sesi Bicara Anwar Ibrahim di laman Facebook, pada Jumaat malam berkata hanya parti pembangkang dilihat lantang dalam memperjuangkan kepayahan rakyat termasuk di Sarawak.

“Jadi oleh demikian, saya harap rakan-rakan di Sarawak dapat memikirkan… yang membicarakan hal ini sebagai wakil saudara daripada parti mana.

“… yang paling lantang mempertahankan (adalah) KEADILAN, (termasuk) soal harga barang di Parlimen dan luar Parlimen.

“Sebab itu (saya) menyeru rakan-rakan memberikan pertimbangan dan menyokong calon parti KEADILAN, dan beberapa tempat lain juga termasuk DAP dan Amanah,” katanya.

Mengambil contoh isu kenaikan harga yang menjadi perhatian baru-baru ini. beliau berkata persaingan ketika ini dilihat lebih kepada untuk merebut kuasa.

“Bila menyentuh mengenai soal rakyat, itu diketepikan dan cuba dibahaskan isu-isu lain yang tidak terkait sangat dengan kepentingan rakyat.

“Saya tidak nafikan bahawa dalam banyak hal, Kerajaan Persekutuan juga bertanggungjawab. Tetapi kita tidak boleh nafikan bahawa pimpinan Sarawak juga harus memikul tanggungjawab,” ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.

HARAPAN paling lantang juang isu rakyat
Beliau yang merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen turut menegaskan bahawa KEADILAN misalnya akan terus berpegang kepada prinsip tadbir urus dan menekankan aspek kekurangan kemudahan asas di negeri itu.
 
Justeru  melalui sokongan yang diberikan kelak, isu yang menghimpit rakyat akan dapat ditekankan bagi memaksa kerajaan mengambil tindakan susulan.

Post a Comment

0 Comments