PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Sarawak mengumumkan akan bertanding di 27 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Jumlah kerusi yang mahu ditandingi itu hampir separuh kurang berbanding kerusi yang ditandingi pada PRN lalu.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Sarawak Dominique Ng berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan mereka memberi tumpuan di kawasan “boleh menang” selain mengelak berlaku pertembungan dengan DAP yang merupakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Kami akan fokus kepada kerusi yang berkemungkinan menang berbanding letak calon di kawasan yang kami langsung tiada peluang.
“Antara sebab kami putuskan untuk kurangkan kerusi yang ditandingi adalah kerana kami perlu bersikap realistik,” katanya pada satu ketika sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuching.
Dalam pengumuman itu, KEADILAN menyenaraikan Meneng Anak Biris di DUN Opar, Ahmad Nazib Johari (Tupong), Nor Dahlia Esapian Eyau (Satok), Chrishe Ng (Batu Lintang), Mahmud Epah (Asajaya), Michael Sawing (Serembu), Christo Michael (Tarat), Senior William Rade (Tebedu), Piee Bin Ling (Sadong Jaya) dan Abang Abd Kasim Abd Bujang (Lingga).
Selain itu, ia turut menyenaraikan Abang Zulkifli Abang Engkeh (Beting Maro), Patrick Kamis (Saribas), Mikail Mathew Abdullah (Bukit Saban), Satu Anak Anchom (Ngemah), M Fauzi @ Joseph Usit (Machan), Mohd Arwin Abdullah (Telian), Abdul Ajil Bujang (Balingian), Joshua Jabeng (Kakus).
Calon lain adalah Munan Anak Laja (Katibas), Anie Amat (Murum), Norhafizah Johari (Bekenu), Zolhaidah Suboh (Lambir), Elias Lipi (Marudi), Philip Jau Ding (Telang Usan), Roland Engan (Mulu), Racha Balang (Batu Danau) dan Martin Samuel Labo (Ba’Kelalan).
Elak bertembung rakan dalam gabungan |
Malangnya, ketiga-tiga pemimpin ini bertindak keluar dari parti itu susulan gerakan politik dikenali sebagai "Langkah Sheraton' yang didakwa didalangi antaranya bekas timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, parti itu menambah seorang lagi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
0 Comments