Beri subsidi jika k'jaan tak mampu kawal harga - Aminolhuda


KERAJAAN
negeri Johor digesa memberikan subsidi baja dan racun kepada petani kecil di negeri itu.


Saranan itu dibuat Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hasaan susulan laporan media baru-baru ini yang mendakwa berlaku peningkatan kepada keperluan pertanian itu.

Sambil meempersoal apa langkah yang akan diambil kerajaan bagi menangani peningkatan harga yang berganda-ganda itu, Aminolhuda yang juga adalah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Parit Yaani menegaskan langkah  proaktif wajar dilaksana segera.

“Kalau tidak boleh lagi kawal dari sudut ini kerajaan kena fikirkan subsidi baja dan juga racun kepada petani-petani kecil ini

“Mereka bukannya mengusaha tanaman sampai 100 ke 200 ekar, 50 ekar pun tak ada di kampung-kampung ada dalam dua atau tiga ekar.

“Saya berharap jabatan pertanian dapat membantu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa harga racun serangga meningkat sehingga 199 peratus, iaitu daripada RM66 kepada RM197.50.

Selain itu, racun kulat turut mencatatkan peningkatan 20.77 peratus, diikuti racun siput hampir 20 peratus, baja sebatian tiara blue (19.4 peratus), Agrobridge (19.1 peratus) dan NPK biru (14.5 peratus).

Harga baja sebatian meningkat seperti Yara Blue naik sebanyak 19.4 peratus, Agro Bridge sebanyak 19.1 peratus dan NPK Blue sebanyak 14.5 peratus.

Perkara itu disahkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui menterinya, Ronald Kiandee di dalam perbahasan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Kenaikan harga barang makin membimbangkan
Sebahagian pihak turut menganggap peningkatan harga racun dan baja menjadi punca kenaikan harga beberapa jenis sayur asas di pasaran yang juga dilaporkan media baru-baru ini.

Sementara itu, Aminolhuda turut meminta penjelasan daripada kerajaan adakah jabatan pertanian mempunyai rekod jumlah petani memgikut daerah supaya ia memudahkan bantuan serta pengumpulan hasil dapat diselenggarakan dengan kemas dan lancar.

Post a Comment

0 Comments