Najib terheret ke mahkamah kerana kuasa rakyat - Salahuddin

 


SEKIRANYA Barisan Nasional (BN) tidak jatuh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, tidak mungkin kes penyelewengan dana 1MDB Najib Razak dapat dibicarakan, kata Salahuddin Ayub.

Salahuddin yang merupakan Timbalan Presiden parti Amanah berkata begitu dalam ciapan di Twitternya semalam setelah Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu.

“Hari ini menunjukkan kuasa rakyat menolak perasuah membolehkan mereka-mereka seperti ini dibawa ke muka pengadilan,” ciapnya semalam.

Semalam panel tiga hakim mengekalkan keputusan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mempengerusikan panel itu berkata, keputusan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali tahun lalu  adalah tepat dan tidak terkhilaf.

Selain Abdul Karim, panel itu disertai Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Najib pada satu sidang media dalam talian sebaik permohonnya ditolak berkata dia merasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Menurut Najib, persoalan pokok isunya itu ialah mengenai dana bernilai RM42 jua milik SRC yang dipindahkan ke peribadinya.

"Sebagai (orang) Islam saya nak nyatakan saya pernah tidak tahu, minta, arahkan sesiapa untuk pindah RM42 juta ke akaun saya," katanya.

Bagaimanapun panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman ringkas setebal 54 muka surat berkata, perkara lazim bagi mana-mana pemegang akaun yang tersilap atau tidak sengaja menerima dana ke dalam akaunnya adalah untuk memulangkannya dan membetulkan kesilapan itu, tetapi Najib tidak melakukan sedemikian apabila RM42 juta itu dipindahkan ke akaunnya.

Hakim berkata Najib tidak pernah membuat aduan dengan pihak bank apabila dana itu dikreditkan secara salah ke akaunnya tetapi beliau agak berpuas hati apabila menerimanya dan menggunakan dana itu sesuka hatinya.

Najib dituduh ke Mahkamah setelah BN tumbang
“Tidak pernah ditunjukkan penggunaan dana itu ada kaitan dengan SRC International atau perniagaannya. Hakim perbicaraan (Mohd Nazlan Mohd Ghazali) menganggap pemindahan dana itu ke dalam akaunnya mesti dilakukan dengan pengetahuan perayu kerana jika tidak, beliau tidak akan membelanjakan RM42 juta tersebut," tegas mereka.

Semalam Najib menyatakan sudah memberi arahan kepada pasukan peguam belanya untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.

Post a Comment

0 Comments