KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman Najib Razak secara jelas menolak dakwaan meleset bekas Presiden Umno dan para penyokong tegarnya bahawa konon dirinya telah dianiaya atau dijadikan mangsa fitnah.
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) melalui satu kenyataan berkata, keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Ahli Parlimen Pekan itu seolah-olah memberi sebuah isyarat yang amat jelas bahawa keputusan suara rakyat pada PRU -14 yang menolak kepimpinan Najib adalah tepat.
“AMANAH ingin menegaskan bahawa setakat keputusan semalam (Rabu) adalah jelas teori meleset YB Pekan yang mendakwa beliau adalah tidak bersalah telah ditolak dan tidak diterima kerana pihak mahkamah.
"Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah mengkaji sedalam-dalamnya segala bukti dan keterangan yang dikemukakan di dalam kes tersebut dan telah berpuas hati bahawa YB Pekan telah terbukti bersalah!
“Adalah jelas YB Pekan telah diberi peluang secukupnya berdasarkan prinsip keluhuran undang-undang (the rule of law),” tegasnya dalam kenyataan semalam.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara menolak rayuan Najib dan mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan diptusukan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam belanya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.
Najib sudah diberi peluang bela diri |
“Penggantungan pelaksanaan denda adalah dilihat bercanggah dengan amalan biasa. Sekiranya didapati tidak bersalah, denda itu boleh dikembalikan dan dengan itu tertuduh tidak mengalami apa-apa kerugian.
“Dengan rasa penuh hormat, AMANAH berpandangan hal tersebut berpotensi mengukuhkan lagi persepsi negatif seolah-olah masih tebal lagi budaya dua darjat dalam perlaksanaan hukum di negara tercinta ini,” katanya lagi.
0 Comments