CALON paling muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, Cherishe Ng Phuay Hui, menolak tanggapan bahawa wakil rakyat muda tidak mampu membantu masyarakat.
Berusi 24 tahun, Cherishe yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, beliau mempunyai perancangan untuk menyelesaikan masalah banjir yang kerap melanda kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang yang ditandinginya.
"Isu ini bukan perkara baharu, tetapi sudah berlanjutan sejak puluhan tahun lalu dan sehingga kini ia masih belum diselesaikan menyebabkan penduduk terpaksa berdepan masalah banjir.
"Justeru, saya mahu memberi fokus kepada pembangunan termasuk sistem perparitan yang menjadi faktor mendorong masalah banjir berlaku," kata graduan lulusan undang-undang itu kepada wartawan di Ibu Pejabat Parti itu di Kuching.
Sementara itu, walaupun mengakui dirinya kurang pengalaman dalam politik, Cherishe bagaimanapun tidak bimbang memikul tanggung jawab menjadi wakil rakyat sekiranya dipilih.
Ini kerana jelasnya, beliau sudah mendapat pendedahan berkenaan politik sejak usia muda.
"Dunia politik bukan sesuatu yang asing bagi saya kerana sejak kecil didedahkan dengan hal politik kerana bapa, Dominique Ng Kim Ho, 60, sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.
"Pendedahan ini mendorong saya untuk turut menceburi bidang politik pada usia muda selepas menamatkan pengajian ijazah undang-undang tahun lepas," katanya lagi.
Sebagai rekod, Dominique merupakan wakil KEADILAN yang pertama menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) apabila menang di kerusi DUN Padungan pada 2006.
Pada PRN ini, Cherishe berhadapan pertandingan lima penjuru membabitkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Sih Hua Tong; Parti Sarawak Bersatu (PSB), See Chee How; Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shian dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, Leong Shaow Tung.
Meskipun menyedari berdepan cabaran besar termasuk terpaksa berdepan penyandang kerusi DUN itu, beliau melihat sambutan penduduk sangat positif dan berharap diberi peluang untuk berkhidmat.
Penyandang kerusi itu, See Chee How menang dikawasan itu untuk dua penggal dengan tiket KEADILAN sebelum menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB), sebuah parti politik yang baru ditubuhkan.
Chee How dilihat berdepan kesukaran mempertahan kerusi diwakilinya. Memetik laporan Malaysiakini, sebahagian pengundi menganggap See sebagai "katak", walaupun dia sebenarnya dipecat dari KEADILAN pada April 2020 selepas "Langkah Sheraton".
“Kami panggil dia katak. Prinsipnya sudah tidak sama lagi. Dalam hidup, kita perlu ada prinsip,” kata Rocky Chan, 64, seorang pengundi kawasan itu dipetik Malaysiakini.
Berusi 24 tahun, Cherishe yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, beliau mempunyai perancangan untuk menyelesaikan masalah banjir yang kerap melanda kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang yang ditandinginya.
"Isu ini bukan perkara baharu, tetapi sudah berlanjutan sejak puluhan tahun lalu dan sehingga kini ia masih belum diselesaikan menyebabkan penduduk terpaksa berdepan masalah banjir.
"Justeru, saya mahu memberi fokus kepada pembangunan termasuk sistem perparitan yang menjadi faktor mendorong masalah banjir berlaku," kata graduan lulusan undang-undang itu kepada wartawan di Ibu Pejabat Parti itu di Kuching.
Sementara itu, walaupun mengakui dirinya kurang pengalaman dalam politik, Cherishe bagaimanapun tidak bimbang memikul tanggung jawab menjadi wakil rakyat sekiranya dipilih.
Ini kerana jelasnya, beliau sudah mendapat pendedahan berkenaan politik sejak usia muda.
"Dunia politik bukan sesuatu yang asing bagi saya kerana sejak kecil didedahkan dengan hal politik kerana bapa, Dominique Ng Kim Ho, 60, sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.
"Pendedahan ini mendorong saya untuk turut menceburi bidang politik pada usia muda selepas menamatkan pengajian ijazah undang-undang tahun lepas," katanya lagi.
Sebagai rekod, Dominique merupakan wakil KEADILAN yang pertama menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) apabila menang di kerusi DUN Padungan pada 2006.
Pada PRN ini, Cherishe berhadapan pertandingan lima penjuru membabitkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Sih Hua Tong; Parti Sarawak Bersatu (PSB), See Chee How; Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shian dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, Leong Shaow Tung.
Meskipun menyedari berdepan cabaran besar termasuk terpaksa berdepan penyandang kerusi DUN itu, beliau melihat sambutan penduduk sangat positif dan berharap diberi peluang untuk berkhidmat.
Penyandang kerusi itu, See Chee How menang dikawasan itu untuk dua penggal dengan tiket KEADILAN sebelum menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB), sebuah parti politik yang baru ditubuhkan.
Usia bukan halangan tabur bakti |

0 Comments