EXCO kerajaan negeri Perak, Razman Zakaria dicabar berdebat berhubung isu kenaikan harga barangan.
Cabaran itu dikemukakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta dari KEADILAN, Muhammad Arafat Varisai Mahamad yang baru-baru ini membuat gimik protes harga barang apabila 'menghadiahkan' ayam segar kepada Razman dalam dewan DUN.
Surat cabaran debat telah dihantar ke pejabat Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan semalam. Menurut Arafat, dia menyerahkan kepada Razman untuk menentukan tarikh, masa dan lokasi bagi debat berkenaan.
"Saya kesal jawapan tak bertanggungjawab Razman. Oleh kita telah hantar surat jemputan debat isu kenaikan harga barang, sudah ada cop akuan terima pejabat exco.
"Saya mencabar YB Razman selaku exco berdebat secara terbuka dengan saya berkenaan harga barang.
"Dalam debat nanti saya nak bagi cadangan atau kaedah yang perlu diambil exco tentang kaedah penurunan harga barang," katanya dalam sidang di DUN Perak semakan.
Pada Khamis Arafat diarahkan keluar persidangan DUN Perak susulan enggan duduk dan terus berucap kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan sewaktu sesi penggulungan.
Arafat sebelum ini mendakwa sepanjang dewan bersidang, tiada tindakan yang diambil oleh Razman dalam menangani isu kenaikan harga barang di peringkat negeri.
Sebagai rekod, Razman adalah ADUN Gunung Semanggol dan merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak.
Cabaran itu dikemukakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta dari KEADILAN, Muhammad Arafat Varisai Mahamad yang baru-baru ini membuat gimik protes harga barang apabila 'menghadiahkan' ayam segar kepada Razman dalam dewan DUN.
Surat cabaran debat telah dihantar ke pejabat Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan semalam. Menurut Arafat, dia menyerahkan kepada Razman untuk menentukan tarikh, masa dan lokasi bagi debat berkenaan.
"Saya kesal jawapan tak bertanggungjawab Razman. Oleh kita telah hantar surat jemputan debat isu kenaikan harga barang, sudah ada cop akuan terima pejabat exco.
"Saya mencabar YB Razman selaku exco berdebat secara terbuka dengan saya berkenaan harga barang.
"Dalam debat nanti saya nak bagi cadangan atau kaedah yang perlu diambil exco tentang kaedah penurunan harga barang," katanya dalam sidang di DUN Perak semakan.
Razman dicabar debat secara terbuka |

0 Comments