ISU pelantikan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk melaksanakan teknologi 5G di Malaysia boleh jadi skandal lebih besar dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen berkata begitu dalam satu video yang disiar di laman Facebooknya sambil menjelaskan bahawa ia menjadi isu kerana dilakukan tanpa dasar yang jelas, tiada ketelusan dan tanpa tender.
“Aneh, ini disebut kronisme, ketirisan, rasuah dan akan muncul lagi skandal baru sama atau lebih besar dari 1MDB,”
“Beringat dan waspada. Kita baru hebah dengan kisah 1MDB. Sekarang kita berdepan dengan kemunculan satu skandal baru, DNB.
“Isu 5G yang diwar-war sangat penting. Tetapi tidak ada dasar jelas, tidak ada ketelusan, tidak ada tender,” katanya dipetik.
Anwar juga mengesyaki syarikat-syarikat telekomunikasi juga dipengaruhi dalam keputusan itu dan hairan kerana Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak dirunding mengenainya oleh Kementerian Kewangan.
Beliau percaya beberapa syarikat yang diberikan tender secara rahsia oleh kerajaan dalam projek itu dimiliki beberapa tokoh utama politik.
“Rakyat nak tahu, sejak Mac 2020 keputusan dibuat dan diberi secara rahsia kepada beberapa syarikat yang dipercayai melibatkan tokoh utama politik dan kaitannya.
“Pokoknya, tiada tender, proses tak teratur dan kosnya tidak menentu, kadangkala RM15 bilion dan naik RMRM18 bilion,” ujarnya dalam video di media sosialnya malam ini.
Beliau juga hairan kenapa ada kenyataan syarikat yang dilantik itu bagi memudahkan urusan dengan pihak Microsoft dan Google sedangkan ia boleh dilakukan sendiri oleh kerajaan.
“Keputusan masa darurat (tahun 2020) dengan kesamaran digunakan kaut keuntungan sebab itu kita harus waspada dan kami tetap akan menentang jika menggunakan kaedah yang ada sekarang.
“Mereka (kerajaan) berkeras akan muktamadkan Januari ini, kita beri peringatan, kita nak tahu syarikat mana dan siapa berselindung di atas,” katanya sambil meminta kerajaan tidak memangsakan rakyat yang sedang susah dan berdepan kenaikan harga barang.
“Aneh, ini disebut kronisme, ketirisan, rasuah dan akan muncul lagi skandal baru sama atau lebih besar dari 1MDB,”
“Beringat dan waspada. Kita baru hebah dengan kisah 1MDB. Sekarang kita berdepan dengan kemunculan satu skandal baru, DNB.
“Isu 5G yang diwar-war sangat penting. Tetapi tidak ada dasar jelas, tidak ada ketelusan, tidak ada tender,” katanya dipetik.
Anwar juga mengesyaki syarikat-syarikat telekomunikasi juga dipengaruhi dalam keputusan itu dan hairan kerana Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak dirunding mengenainya oleh Kementerian Kewangan.
Beliau percaya beberapa syarikat yang diberikan tender secara rahsia oleh kerajaan dalam projek itu dimiliki beberapa tokoh utama politik.
“Rakyat nak tahu, sejak Mac 2020 keputusan dibuat dan diberi secara rahsia kepada beberapa syarikat yang dipercayai melibatkan tokoh utama politik dan kaitannya.
“Pokoknya, tiada tender, proses tak teratur dan kosnya tidak menentu, kadangkala RM15 bilion dan naik RMRM18 bilion,” ujarnya dalam video di media sosialnya malam ini.
Beliau juga hairan kenapa ada kenyataan syarikat yang dilantik itu bagi memudahkan urusan dengan pihak Microsoft dan Google sedangkan ia boleh dilakukan sendiri oleh kerajaan.
Isu monopoli dan ketelusan jadi perhatian |

0 Comments