PANEL hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya siang tadi menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak membenarkan kerajaan menjadi penjamin kepada syarikat SRC International Sdn Bhd adalah satu perbuatan yang memalukan negara.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Rahman yang mempengerusikan panel itu ketika membaca keputusannya menegaskan adalah tidak masuk akal bagi kerajaan, menjadi penjamin kepada syarikat korporat berkaitan kerajaan GLC dengan mengetahui ia tidak boleh membayar balik pinjaman atau faedah.
“There is no national interest here as the appellant claimed for SRC, just a national embarrassment (Ini bukan bagi kepentingan nasional sebagaimana yang dituntut oleh perayu untuk SRC, ini adalah memalukan negara),” tegas hakim ketika membaca keputusan itu dalam bahasa Inggeris.
Najib yang juga wakil rakyat BN Parlimen Pekan sebelumnya dalam pembelaan berkata, tindakannya adalah bagi kepentingan nasional.
Sementara itu, Abdul Karim bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera turut berpendapat Najib mempunyai kepentingan peribadi meluluskan RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd (SRC).
Menurutnya Najib selaku perayu terlibat secara aktif dalam memastikan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) diberi kepada SRC.
Katanya, Najib terbabit secara aktif dalam memastikan pinjaman RM4 bilion daripada KWAP disalurkan kepada SRC.
Bagaimanapun, selepas dana dikeluarkan, perayu tidak ambil tahu dengan keberadaan dana itu, tidak bertanya daripada SRC mengenai perkara itu, bagaimana ia digunakan atau bagi tujuan apa.
“Itu adalah pengurusan kewangan dana awam yang teruk, tidak boleh cakap ia dilakukan demi kepentingan negara,” kata panel hakim.
Mahkamah siang tadi menolak kesemua rayuan Najib untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana SRC.
Susulan itu semua sabitan dan hukuman ke atas bekas Presiden Umno itu dikekalkan.

Tindakan Najib dianggap memalukan negara |

0 Comments