ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (Adun), Hulu Kelang Saari Sungib mendakwa kelewatan agensi berwajib bertindak dalam menguruskan banjir di Selangor adalah "sabotaj jahat" kerajaan persekutuan.
Tambahnya dalam satu kenyataan media, tindakan melewat-lewatkan bantuan dan tindakan umpama membunuh rakyat negeri itu.
"Menteri Besar Selangor berkata beliau telah menelefon Perdana Menteri Ismail Sabri pada malam Jumaat dengan rayuan agar beliau menggunakan aset persekutuan ke kawasan terjejas. Kerajaan Selangor memperuntukkan RM100 juta menerusi usaha ‘Selangor Bangkit’, bagi proses pemulihan negeri daripada musibah banjir yang melanda ketika ini.
ADS
"Sepatutnya bencana berskala ini diuruskan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh PM di mana Menteri Besar Selangor adalah salah seorang ahlinya.
"Dalam urusan bencana ini, MKN adalah merupakan agensi peneraju utama pengurusan bencana negara, negeri dan daerah. MKN juga bertanggungjawab untuk merangka strategi dengan menggerakkan semua agensi persekutuan dan agensi negeri agar bekerjasama dan bertindak serentak.
“Jika tidak wujud struktur ini maka ia adalah satu pengabaian kerajaan persekutuan yang disengajakan. Dalam perkataan lain ia adalah satu perbuatan sabotaj ataupun lebih tepat khianat terhadap rakyat Selangor dan rakyat Malaysia amnya," katanya.
Saari turut mempersoalkan apakah kelewatan kerajaan menghulurkan bantuan adalah muslihat untuk menunjukkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) lemah.
"Apakah ini muslihat untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor lemah dan usaha untuk menawan Selangor?
“Penjawat awam diminta akur kepada PM dan tidak mendedahkan kelemahan menteri," katanya lagi.
Insiden banjir besar di Selangor menarik perhatian ramai setelah ia dilihat tidak diuruskan sebaik mungkin.
Ramai mangsa dilapor terperangkap untuk tempoh yang lama sebelum diselamatkan orang awam. Agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan MKN dikritik kerana dilihat tidak memainkan peranan proaktif dalam mengurus bencana itu.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dilapor mengerakkan sendiri unit bantuan tanpa menunggu arahan dari NADMA susulan kelewatan agensi itu membuat keputusan.
Banjir juga mengorbankan sekurang-kurangnya 27 nyawa dan menjejaskan puluhan ribu pendudukan lain.
"Sebagai wakil rakyat Hulu Kelang, saya mendapat luahan hati sekumpulan bekas penjawat awam.
“Sampai hati mereka bunuh rakyat Selangor. Banjir boleh dielakkan sekiranya pam di pasang dan tindakan proaktif diambil demi selamatkan rakyat.
“Operasi menyelamat besar-besaran ini hanya mampu dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan," kata Saari lagi.

Kelemahan k'jaan urus bencana dipersoalkan |

0 Comments