AMK Kedah desak k'jaan segera selesai isu harga barang


ANGKATAN
Muda KEADILAN (AMK) Kedah mahu kerajaan segera mencari solusi bagi memastikan kenaikan harga barangan dapat ditangani dengan segera.

Ketuanya, Firdaus Johari berkata, ketika ini rakyat sangat terkesan dengan peningkatan harga barangan yang berlaku secara mendadak sehinggakan ia memberi kesan kepada semua golongan masyarakat.

“Golongan B50 dan miskin bandar paling terkesan tambahan pula mereka baru sahaja bangkit semula selepas teruk terkesan akibat penutupan sektor ekonomi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal tahun 2020.

“Sehingga ke hari ini tidak nampak tindakan serius kerajaan bagi menangani masalah kenaikan harga barangan tersebut.

"Alasan demi alasan yang diberikan sehinggakan menambah kegusaran dan derita rakyat dengan dakwaan bahawa ‘kenaikan harga barang adalah normal’.
Kenaikan harga barang perlu dipandang serius


“Sehubungan itu AMK Negeri Kedah menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta juga kerajaan negeri Kedah supaya segera mencari solusi bagi mengatasi masalah kenaikan harga barangan tersebut,” ujarnya dipetik.

Tambah Firdaus lagi, luahan bebanan kenaikan harga barangan perlu dipandang serius dan diberikan perhatian sewajarnya kerana rakyat sentiasa mengharapkan langkah-langkah proaktif yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan.

Post a Comment

0 Comments