GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) didakwa hanya cakap besar di negeri itu tetapi tidak di Parlimen.
Pandangan itu dinyatakan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen selepas cadangannya untuk menurunkan kuasa persekutuan ke atas Sabah dan Sarawak mengenai Penjagaan Kesihatan dan Pendidikan ditolak.
Beliau berkata pindaan perlembagaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Parlimen tidak bermakna jika tidak disusuli penurunan kuasa dalam bidang itu di Sabah dan Sarawak.
“Saya rasa pindaan ini takkan memberi apa-apa kesan dan tak bermakna kalau tak disusuli dengan penurunan kuasa persekutuan kepada negeri sarawak dalam bidang kesihatan, pendidikan dan perubatan.
“Walaupun menteri undang-undang dari GPS, tetapi penurunan kuasa dalam negeri itu telah ditolak.
“Apa sebab ditolak dan tak diterima? Laung nak autonomi pendidikan, kesihatan dan perubatan. Cakap besar di Sarawak, masuk Parlimen, walaupun ada cadangan tetapi tak terima. Apa sebabnya?” katanya dalam sesi perbahasan RUU MA63 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau turut meminta penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengapa cadangannya itu ditolak.
Chieng Jen kritik sikap Ahli Parlimen GPS |
“Jangan tunggu PRN baru bincang perkara ini. Saya harap langkah kedua dan ketiga betulkan ketidakadilan Barisan Nasional (BN) sepanjang 50 tahun lebih dipercepatkan,” katanya dipetik.
0 Comments