ADUN Hulu Kelang Saari Sungib menyarankan mangsa banjir mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Dipetik laporan Malaysiakini, Saari mendakwa Ismail tidak cakna dengan rayuan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari “memohon bantuan segera ketika banjir semakin teruk” pada lewat Jumaat 17 Disember lalu.
Beliau turut mempersoalkan apakah dengan Ismail mempunyai niat tidak baik terhadap Selangor apabila mengabaikan permintaan Amirudin.
“Apakah terdapat niat jahat atau mala fide Ismail Sabri terhadap kerajaan Selangor?
“Dengan itu, saya menyeru rakyat Selangor terutama yang menjadi mangsa banjir ini mempunyai bukti-bukti untuk membuat dakwaan mala fide dan pengkhianatan Ismail Sabri terhadap mereka di mahkamah,” katanya dipetik.
Mengapa bantuan lewat diberikan? |
Pendedahan itu dibuat setelah Menteri Besar itu dituduh keberatan untuk melibatkan tentera dalam usaha mengatasi bencana banjir di Selangor.
“Tidak timbul isu keberatan…kita (kerajaan negeri) sedar kapasiti kita,” tegas Amirudin.
0 Comments