KETUA Penerangan KEADILAN Perak Muhammad Arafat Varisai Mahamad menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang dapat mengesan keberadaan tiga anggota kabinet dan seorang timbalan menteri yang didakwanya "masih hilang"
Muhammad Arafat yang merupakan ADUN Hulu Kinta itu membuat tawaran itu melalui satu kenyataan media setelah empat individu tersebut gagal dikesan berada dalam negara bagi membantu orang ramai yang masih bergelut untuk pulih daripada bencana banjir di seluruh negara.
Empat incividu yang 'hilang' itu ialah Hishammuddin Hussein (Menteri Pertahanan), Ahmad Faizal Azumu (Menteri Belia dan Sukan), Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar dan Air), dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin.
"Saya terpanggil membuat tawaran ini kerana muka keempat-empat mereka langsung tidak dilihat dalam misi membantu mangsa banjir yang melanda negara kita yang setakat ini berpuluh-puluh nyawa.
"Tindakan saya ini terpaksa diambil kerana sampai sekarang tiada maklumat jelas daripada mana-mana pihak, di manakah mereka?
"Adakah mereka hadir majlis rasmi di luar negara dan kenapa langsung tiada terlibat dalam misi bantuan banjir?" katanya dalam kenyataan itu.
Tawaran ganjaran itu kata Muhammad Arafat akan berterusan sehinggalah mereka berjaya dikesan.
Ke manakah menteri kabinet Ismail Sabri? |
Terdahulu, Kartunis Zulkiflee SM Anwar Haque atau pun dikenali sebagai Zunar juga membuat ciapan bahawa empat menteri tersebut sebagai 'hilang'.
0 Comments