Pasca banjir: Syarikat balak perlu bantu, VIP digesa ketepi protokol

 


KETUA
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Pahang mengambil langkah proaktif untuk membantu penduduk di negeri itu yang terjejas teruk akibat banjir.

Anwar yang lawatan pasca banjir di Ketari, Pahang, petang semalam ketika ditemui media berkata, tidak sekadar kerajaan persekutuan dan negeri perlu menjalangkan langkah membantu penduduk, tanggungjawab itu juga perlu dipikul syarikat syarikat balak yang sedikit sebanyak menjejaskan alam sekitar.

"Pahang biasa dengan banjir tetapi kita minta Kerajaan Negeri lebih ke depan membantu. Lebih segera meringankan beban rakyat

"Jika lihat gambar, ada juga kesan daripada pembalakan.

"Jadi selain kerajaan negeri, syarikat pembalakan yang raih keuntungan besar wajib beri sumbangan, bantuan lebih besar kerana mereka juga bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku," katanya.

Sementara itu Anwar melihat ada keperluan untuk menambah baik kecekapan kerja-kerja pembersihan pasca banjir, terutama di Sri Muda di Selangor.

Antara yang wajar diberi perhatian jelasnya adalah isu kesesakan di kawasan terjejas yang turut menghalang usaha lori untuk mengangkut keluar sampah dan bahan buangan.

Selaian mahu karenan birokrasi bagi membantu penduduk yang terjejas dikurangkan, Anwar turut menggesa supaya menteri mengetepikan protokol lawatan ke kawasan yang ditimpa banjir supaya tidak menambah beban penduduk dan menyukarkan kerja-kerja pasca pembersihan.
 
"Kenapa saya naik motor? Umur saya tak sesuai naik motor. Tapi kalau saya ikut peraturan biasa, ia akan jejaskan (ganggu) kerja pemulihan dan bantuan," katanya lagi.

Dia dipercayai merujuk kepada aduan bahawa konvoi VIP telah menyebabkan gangguan di kawasan tersebut.

Semalam tular satu klip video menunjukkan anggota polis mengawal trafik di sebuah persimpangan bagi memberi laluan kepada sejumlah kenderaan yang berkonvoi, termasuk membawa Ismail Sabri.

Konvoi itu diiringi anggota polis trafik.

Warganet kritik konvoi Ismail Sabri yang tular
Ia menarik perhatian ramai - dan menyebabkan kemarahan juga - apabila antara kenderaan yang diberhentikan untuk memberi laluan kepada konvon Ismail Sabri ialah sebuah ambulans dan kenderaan 4x4 membawa bantuan.

Kebanyakan netizen menganggap dalam keadaan begitu sepatutnya ambulans diberi keutamaan berbanding rombongan orang kenamaan.

Post a Comment

0 Comments