SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) dicadangkan agar menyediakan pusat pengundian khas disediakan di setiap negeri di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Cadangan oleh Badan pemantau pilihan raya Bersih itu bagi memastikan pengundi dapat membuang undi susulan aduan harga tiket peerbangan yang mahal.
“Mengikut semakan semasa harga tiket kapal terbang ke Sarawak dari Semenanjung hampir mencecah RM3,000. Amatlah tidak adil untuk pengundi Sarawak lebih-lebih lagi yang kurang berkemampun untuk membiayai kos perjalanan semahal itu bagi menjalankan tanggungjawab mereka.
“Juga mustahil untuk pengundi berulang-alik sebanyak dua kali dalam tempoh singkat memandangkan perayaan Krismas jatuh pada minggu berikutnya,” kata Bersih dalam kenyataan.
Dianggarkan seramai 250,000 rakyat Sarawak menetap di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Selain menyediakan pusat pengundian khas, badan itu turut mendesak supaya SOP pilihan raya ketika pendemik Covid-19 dikaji semula untuk mengelak ulangan peraturan tidak masuk akal seperti ketika PRN Melaka.
“Memandangkan faktor geografi, kekurangan infrastruktur dan akses maklumat yang amat terhad di Sarawak khususnya di pedalaman dan pinggir bandar, kempen bersemuka amatlah mendesak dan perlu dibenarkan.
"Calon-calon bertanding berhak menyampaikan maklumat kempen kepada pengundinya. Sementelah bagi pengundi untuk celik membuat pilihan dengan baik siapakah calon-calon yang bakal membawa suara mereka kelak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Bersih juga meminta supaya saluran televisyen milik kerajaan seperti RTM dan TVS menawarkan ruang dan peluang kempen secara percuma kepada semua calon yang berkempen di Sarawak secara adil. Ia akan membantu calon yang kurang berkemampuan dari segi jentera dan wang untuk menyampaikan tawaran-tawaran mereka kepada pengundi dengan lebih baik,” katanya mereka lagi.
Dalam kenyataan sama, Bersih turut mengkritik tempoh berkempen yang terlalu singkat dengan hanya 12 hari seperti diumumkan.
Tempoh kempen disifatkan terlalu singkat |
SPR menetapkan hari mengundi bagi PRN Sarawak pada 18 Disember, dengan penamaan calon adalah pada 6 Dis dan hari pengundian awal 14 Dis nanti.
0 Comments