P.Pinang tambah peruntukan pembangunan Islam dalam belanjawan


WALAUPUN sering ditohmah mahu menghapuskan Islam, Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP terus menunjukkan pentadbiran yang saksama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika membentangkan bajet 2022 mengumumkan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM71.13 juta untuk pembangunan Islam di negeri itu tahun depan.

Ia peningkatan sebanyak RM17.13 juta  jika dibandingkan peningkatan sebanyak RM6. 97 juta bagi tahun lepas.

“Peruntukan tersebut juga merangkumi peruntukan bagi pengurusan jabatan-jabatan negeri membabitkan hal ehwal Islam serta juga pembangunan masjid dan surau.

“Selain itu ia juga merangkumi program yang berteraskan Islam serta pembangunan institusi pendidikan Islam.

Peningkatan RM17.13 juta berbanding 2021
“Kerajaan negeri turut membina dan menaik taraf banyak institusi pendidikan Islam maupun masjid- masjid di negeri ini bersama-sama dengan kerjasama Kerajaan Pusat,” ujar beliau.

Peruntukan itu jelasnya lagi membuktikan kerajaan negeri senantiasa komited memperkasakan pembangunan Islam di Pulau Pinang.

Post a Comment

0 Comments