Kemana k'jaan PAS belanja wang royalti RM400 juta, soal Husam


KERAJAAN
PAS negeri Kelantan mendesak agar mereka mendedahkan kemana wang royalti Petroleum sebanyak RM400 juta yang diterima dari kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini telah dibelanjakan.

Husam Musa yang merupakan bekas Exco Kanan kerajaan membuat desakan itu kerana menurutnya pentadbiran Ahmad Yakob tidak pernah mendedahkan apa yang mereka lakukan terhadap wang tersebut sebelum ini.

“Sebaliknya, Kerajaan Negeri telah bersikap seperti tikus jatuh ke beras!” katanya merujuk kepada perumpamaan Melayu sikap buruk sesarang yang mendapat sesuatu hanya berdiam diri sahaja tanpa bercakap.

Tambah Husam lagi, Kerajaan Kelantan mesti telus dan berterus terang dengan Rakyat di negeri itu tentang penggunaan wang ihsan petroleum yang telah diterima.

“Sehingga kini, rakyat jelata tidak mendapat apa apa maklumat bagaimana wang beratus ratus juta itu telah dibelanjakan.

“Lebih menyedihkan, bila adanya perbelanjaan membeli kereta mewah untuk anggota kerajaan ketika rakyat ternanti nanti untuk melihat limpahan manafaat yang boleh dinikmati oleh rakyat biasa dari hasil khazanah bumi itu.

“Ngo R wajar mendesak Kerajaan Negeri mendedahkan kepada rakyat semua perbelanjaan dari wang ihsan itu,” kata kenyataan beliau.

Sebagai rekod, Husam adalah antara individu penting yang memperjuangkan tuntutan royalti petroleum untuk Kelantan melalui sebuah NGO yang menggelar diri mereka sebagai gerakan R. Beliau mengetuai gerakan itu.

Sementara itu Husam turut mencabar kerajaan Kelantan melantik juru audit luar untuk memeriksa akaun wang berkenaan dan kemudian membentangkannya kepada Rakyat Negeri Kelantan jika ia mengamalkan ketelusan dan jujur dengan rakyat.

Sementara itu Husam turut menegaskan bahawa kejayaan tuntuan royalti sebelum ini walau atas nama apa sekalipun telah dijayakan banyak pihak dan ia wajar dihargai.

Kemana RM400 juta dibelanjakan, soal Husam
Mereka antaranya rakyat negeri itu, tuan tuan punya bot yang telah meminjamkan bot mereka untuk meninjau pelantar minyak yang ada di perairan Kelantan dan pasukan media yang ikut bersama.

“Kejayaan mendapat ratusan juta wang petroleum, sekali pun atas nama wang ihsan, harus disyukuri.  Antaranya, dengan meraikan mereka dan memberikan tanda peringatan sebagai satu cara penghargaan,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments