PRESIDEN Parti Amanah negara (AMANAH), Mohamad Sabu mencabar menteri dari parti PAS meletak jawatan dan keluar dari kabinet jika mereka benar-benar tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan tidak memberikan royalti petroleum kepada negeri Kelantan.
Tegas Mohamad, pemimpin PAS tidak sepatutnya hanya bercakap dan membantah keputusan kerajaan pusat itu melalui kenyataan akhbar tanpa menunjukkan kesungguhan mereka menentang keputusan itu.
“Patut tak cakap kepada akhbar, pergi jumpa PM lah kalau tidak bercakap dalam kabinet. Kalau tak setuju keluarlah kabinet," katanya ketika merasmikan Konvensyen ke 6 AMANAH Kelantan semalam.
Mohammad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut memberi contoh dengan apa yang pernah ditunjukkan bekas Presiden PAS sebelum ini.
Datuk Asri Muda jelasnya pernah bertindak keluar kabinet kerajaan BN kerana tidak bersetuju keputusan kabinet ketika itu untuk mengisytiharkan darurat di Kelantan.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini dilapor media sebagai berkata bahawa Kelantan tidak akan diberikan royalti minyak kerana kedudukan telaga minyak yang ada di luar persisiran pantai Kelantan.
Kenyataan ini mengejutkan banyak pihak khasnya kerajaan negeri Kelantan sendiri.
Ia kerana Majlis Kewangan Negara ketika kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah membuat keputusan akan mematuhi perjanjian antara kerajaan negeri dengan Petronas sebelum ini untuk memberikan hak royalti kepada Kelantan.
Sebelum kerajaan HARAPAN dijatuhkan, kerajaan Kelantan yang sering mendakwa dianak tirikan buat pertama kali telah menerima bayaran wang royalti berjumlah RM400 juta secara langsung ke akaun kerajaan.
Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 telah memutuskan bahawa kerajaan Persekutuan akan memansuhkan Program Wang Ehsan dan memutuskan bayaran tunai petroleum disalurkan terus kepada kerajaan negeri.
Bayaran itu berbeza berbanding sebelumnya dimana Kelantan hanya diberikan wang ihsan yang disalurkan akaun Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
Sementara itu Mohamad menegaskan bahawa kerajaan HARAPAN telah melaksanakan manifestonya sebelum ini iaitu royalti minyak untuk Kelantan jika mereka menang.
“Tun Dr Mahathir tanya Menteri Kewangan Lim Guan Eng, boleh bagi ke RM400 juta ni. Lim Guan Eng kata, boleh,” cerita Mohamad Sabu yang menyebabkan beliau pernah bergurau dengan Setiausaha Agung DAP itu agar bertanding di Kota Bharu kerana nama beliau baik kepada rakyat negeri Kelantan.

Kelantan dapat royalti zaman k'jaan HARAPAN |

0 Comments