PENGARAH Komunikasi Parti KEADILAN Fahmi Fadzil mengemuka saranan supaya parti itu menggunakan semula logo mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menyorot kekalahan teruk Pakatan Harapan (HARAPAN) terutama parti itu sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, isu penggunaan logo sudah ditekankan sejak dari awal oleh pimpinan dan akar umbi parti itu sebelum PRN Melaka lagi.
“Namun, oleh kerana KEADILAN memahami sikap sahabat-sahabat dalam HARAPAN pada ketika itu, maka kami membuat keputusan bersetuju dengan penggunaan logo tersebut (HARAPAN),” katanya.
Sebagai rekod, pada PRU ke-14, gabungan itu bertanding dengan menggunakan logo KEADILAN. Formula itu membawa kepada kejatuhan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pusat sejak lebih 60 tahun lalu.
Sementara itu tambahnya, wujud kewajaran logo digunakan sehingga tumbangnya BN bagi memudahkan pengundi mengenali pihak yang bertanding.
Isu logo pada PRU akan dibincangkan |
“Namun, ke hadapan KEADILAN berpandangan bahawa wujud kewajaran logo KEADILAN digunakan semula. Perkara ini akan dibincang dengan lebih lanjut pada mesyuarat HARAPAN yang akan datang,” katanya dalam kenyataan.