Kesatuan Mahasiswa pertikai kenaikan yuran BMAT

 


KESATUAN Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) membantah tindakan universiti itu menaikkan yuran buat pelajar yang ingin menduduki Ujian Kemasukan Biomedical (BMAT) Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

Melalui satu kenyataan, KMUM mendakwa yuran BMAT tahun ini meningkat dari RM100 pada sessi 2016/2017 kepada RM250 untuk sessi 2021/2022 iaitu sebanyak 80 peratu.

Tegas mereka, peningkatan yuran itu sangat tidak wajar walaupun potongan diberikan kepada golongan pelajar B40.

“Kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) dari 2016/2017 hingga hari ini adalah sebanyak 30%, dan jauh lebih tinggi daripada kadar inflasi yang kita perhatikan di Malaysia setiap hari.

“Pihak Kesatuan berpendapat bahawa hal ini tidak adil untuk mana-mana individu yang akan menduduki peperiksaan ini, tidak kira sama ada mereka di dalam golongan B40 ataupun tidak,” kata mereka.

KMUM bimbang peningkatan yuran itu akan menjadi penghalang untuk pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah perubatan.

“KMUM ingin menegaskan bahawa BMAT ini merupakan kaedah untuk memilih calon yang sesuai untuk program MBBS yang sengit persaingannya dan bukan kaedah untuk fakulti mengaut keuntungan.

“Walaupun keuntungan tersebut mungkin akan dilaburkan semula untuk penambahbaikan kemudahan di fakulti, yuran tersebut tidak sepatutnya dikenakan dengan tinggi kerana ini akan mengurangkan peluang pelajar B40 untuk meneruskan minat mereka dalam bidang perubatan,” kata mereka sambil mempersoalkan tujuan sebenar peningkatan yuran itu.

KMUM tuntut jawapan dari  pihak Universiti
“Sekiranya alasan disebalik mengapa tindakan tersebut diambil adalah rasional, pelajar UM pasti akan bersikap rasional.

“Akan tetapi, pihak universiti tidak pernah memberikan penjelasan mengenai perkara serta tindakan yang dilakukan,” kata mereka lagi.

Post a Comment

0 Comments